Thursday, June 25, 2009

the time is running out..

Salam to the readers..

beberapa hari yg lepas, saya 'berbicara' dengan sahabat yg teramat istimewa buat diri ini..

kami berbual mengenai pelbagai isu..

antaranya, saya ada menyuarakan kebimbangan dan kerisauan diri ini mengenai masa depan..

kataku pada dia, saya pening sekali memikirkan masa depan yang seakan kelam..

responnya betul betul membuatkan aku tersentak, lantas terus bermuhasabah diri..

dia berkata: saya lebih risau dan bimbang tentang berapa banyak masa lagikah yang kita ada untuk hidup dan beramal di muka bumi ALLAH s.w.t. ini..

katanya lagi: saya sangat takut.. di alam sana nanti kita akan di soal habis habisan dengan setiap setik yang berlalu dan setiap apa yang telah kita lakukan..

aku tersentak, jiwa ini seakan terus terjaga dari lena yang panjang..

apa amal yang telah aku buat selama 20 tahun aku bernafas di bumi ALLAH ini??

aku selidik balik, cuba mengingati.. rasa-rasanya hampir tiada..

aku ingin berubah, sangat sangat inginkan perubahan..

perubahan 'dalaman'...

aku ingin berubah menjadi orang yang baik..

yang punya ilmu, beriman dan beramal..

tak ingin mensia-siakan masa yang ada lg..

Insya-ALLAH..

'' Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.'' Al-'Asr 1-3

terima kasih sahabat..

terima kasih kerana mengingatkan diri yang lalai ini..

aku akan cuba..

Moga ALLAH S.W.T. memberkati..amin